Banner..

Text..

Monday, December 12, 2011

Mengapa Komputer digunakan di sekolah? Pendapat Anda?

Bagi saya, terdapat beberapa sebab dan faktor yang menyebabkan komputer digunakan di sekolah antaranya adalah :

1. Pengenalan awal komputer kepada pelajar.
2. Menerapkan IT kepada pelajar.
3. Memperkenalkan segala bentuk perisian yang berkaitan pendidikan kepada pelajar.
4. Melahirkan pelajar yang celik IT.
5. Memberi peluang kepada pelajar mengenali apa itu komputer khasnya kepada murid-murid sekolah rendah.
6. Perisian yang berbentuk subjek digunakan bagi menarik minat pelajar. contohnya permainan dengan terapan mata pelajaran.
7. Memberi peluang kepada pelajar mencipta sesuatu yang berilmu dengan mempelajari perisian seperti ADOBE.
8. Guru boleh menjadikan komputer sebagai alat bantu mengajar kepada pelajar semasa pembelajaran berlangsung.
9. Menggunakan video atau audio bagi menarik minat pelajar terhadap subjek pelajaran contohnya mata pelajaran sains yang memerlukan video bagi memudahkan pemahaman berbanding penggunaan buku semata-mata.
10. Menjadikan pelajar mampu bersaing sesama sendiri bagi tujuan positif dalam melibatkan penggunaan komputer dalam pembelajaran seperti meminta pelajar menggunakan "power point" dalam pembentangan.

























No comments:

Post a Comment