Kebaikan Penggunaan Komputer di Sekolah :
1. Menjadi salah satu alat bantu mengajar oleh guru pada pelajar.
2. Pengenalan awal tentang teknologi kepada pelajar.
3. Menjadi salah satu medium bagi memperolehi maklumat atau input secara maya.
4. Menerapkan ilmu teknologi pada pelajar supaya menjadi celik IT.
5. Menjadi salah satu kaedah baru pada pelajar dalam menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan dengan penggunaan dan pendedahan tentang "software" pada perisian komputer.
Keburukan Penggunaan Komputer di Sekolah :
1. Penggunaan internet secara berleluasa yang mana tiada sempadan atau tahap penggunaan internet membolehkan pelajar mengakses laman yang tidak sepatutnya sebagai contoh laman lucah.
2. Pendedahan kepada laman sosial secara terbuka seperti Facebook atau Twitter.
3. Guru kadangkala membiarkan pelajar menggunakan komputer secara sendiri tanpa ada tunjuk ajar yang mana akan mewujudkan suasana penyampaian ilmu yang tidak normal.
4. Pelajar berkemungkinan menyalahgunakan perisian komputer kerana kurang pendedahan ke atasnya.
5. Pelajar lebih cenderung menjadikan komputer sebagai medium permainan kerana sesetengah pelajar tidak memiliki komputer di rumah dan hanya menjadikan komputer di sekolah sebagai tumpuan hiburan dan bukannya untuk tujuan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment