Penggunaan komputer riba kini telah menjadi suatu fenomena sehingga telah wujud pelbagai gadget yang telah menerajui pasaran dalam bidang teknologi dan ini hasil daripada inovasi para manusia. Antara ciptaan terkini adalah iphone yang merupakan telefon pintar selain telah wujud gadget lain seperti MP3, MP4, komputer riba berkuasa tinggi seperti Alienware dan sebagainya. Antara pengeluar produk teknologi ini adalah Apple yang merupakan sebuah syarikat yang besar dan maju dalam bidang penghasilan gadget yang berteknologi tinggi dan canggih. Diadaptasikan daripada ini maka teknologi dan inovasi menjadi suatu yang besar dalam dunia kini dengan kewujudan negara-negara yang bersaing dalam menghasilkan teknologi searus dengan pembangunan dunia seperti Amerika, Jepun dan Korea.
Namun, pada topik kali ini saya terpanggil untuk membincangkan sejauh manakah kerelevanan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar sekolah, sama ada ia perlu di teruskan atau sebaliknya? apakah faktor-faktor yang memerlukan penggunaan ini terus berlangsung? apakah yang menyebabkan perkara ini di pandang remeh atau di pandang sebagai suatu yang penting? mengapakah ia relevan atau sebaliknya? dan pelbagai lagi persoalan yang berkemungkinan timbul berkaitan dengan isu ini?
saya mohon isu ini dibicarakan dengan penuh ilmiah..
Penggunaan komputer di sekolah mempunyai kebaikkan dan keburukkannya yang tersendiri. Ia akan relevan jika segala kemudahan penggunaan dipenuhi kerana penggunaan komputer mampu memberikan pendedahkan awal kepada pelajar terhadap dunia ternologi. Selain itu, komputer mampu mewujudkan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok kerana melalui komputer kita dapat menggabungjalinkan penggunaan visual, audio dan teks- teks yang menarik serta dapat meningkatkan minat pelajar. Namun, penggunaan komputer ini juga tidak relevan jika guru yang mengajar itu, tidak mempunyai kemahiran terhadap penggunaan komputer serta ia melibatkan kos yang tinggi. contohnya untuk menyediakan bengkel penggunan komputer kepada guru dan jika berlaku kerosakan kepada komputer, kos untuk membaikpulih adalah tinggi. Selain itu, penggunaan komputer ini amat terhad misalnya hanya boleh digunakan di sekolah sahaja dan hanya yang berkemampuan sahaja mampu memilikinya.Penggunaan komputer ini mungkin tidak sesuai untuk sekolah- sekolah di kawasan luar bandar kerana mempunyai kekangan yang pelbagai.
ReplyDeleteNURAIN BINTI ABDUL HAMID (A128774)
PROGRAM LINGUISTIK
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 3
TUTORIAL RABU 10PG- 12TGH (MAKMAL 3)
Terima kasih atas komen anda..=)
ReplyDeleteMOHAMAD FIRDAUS BIN NIZAMUDDIN (A 128491)
PROGRAM LINGUISTIK
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 3
TUTORIAL RABU 10PG- 12TGH (MAKMAL 3)
pembelajaran berdasarkan ICT pada era kini adalah sangat penting untuk tujuan pekerjaan pada masa akan datang dan pembelajaran di IPTA dan IPTS kelak. Pada zaman sekarang orang yang tidak tahu menggunakan ICT dianggap sebagai orang yang ketinggalan dan kini dipanggil sebagai buta IT. Kita dapat berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja tanpa batasan. Anak-anak sekarang akan memperoleh ilmu dengan pantas, hanya di hujung jari sahaja tetapi perlu ada pengawasan ibu bapa kerana banyak benta yang positif dan negatif di dalam Internet pada masa kini.
ReplyDeletePada pendapat saya, pengunaan komputer dalam pelajar adalah sangat relevan. Mengapa ia relevan? Ini adalah kerana pengunaan komputer akan memudahkan pelajar untuk menyiapkan tugasan yang perlu.
ReplyDeleteSebab lain pengunaan komputer relevan adalah kerana ianya akan mewujudkan persekitaran yang tidak bosan bagi pelajar. Belajar sambil
melayari internet akan menarik lagi minat pelajar untuk belajar dalam kelas.
Nama: Narinjit Singh
No matrik:A128504
penggunaan komputer dalam kalangan pelajar sekolah sangat relevan. Hal ini kerana dalam megejar pemodenan, faktor utama yang harus diberi perhatian adalah kecanggihan dan kemajuan teknologi dalam pendidikan. Penggunaan komputer dalam kalangan pelajar dapat memudahkan pelajar mengakses maklumat dengan mudah. Selain itu, ia dapat menjimatkan masa untuk mencari bahan bacaan berbanding terpaksa berkejar ke perpustakaan dan perlu mengikut waktu yang ditetapkan.
ReplyDeletePenggunaan komputer di sekolah memang sewajarnya diwujudkan. Namun terdapat kebaikan dan keburukan yang akan timbul. Kebaikan yang diperolehi ialah memudahkan pelajar mengakses internet bagi memperoleh lebih input dalam pengetahuan, membuat kerja yang berbantukan komputer sejurusnya mengelakkan istilah "buta IT" wujud dalam kalangan pelajar era modenisasi ini. Keburukan pula akan berlaku di mana pelajar mengisi perisian yang tidak sepatutnya dalam komputer masing-masing misalnya video lucah. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan ini sememangnya wajar di era modenisasi ini.
ReplyDeletePenggunaan komputer di sekolah semestinya terdapat pelbagai kebaikan dan juga keburukan, segala yang diusahakan adalah bergantung kepada pendedahan yang guru tunjuk ajar kepada murid kerana guru adalah pembimbing yang betul kepada murid-murid di sekolah
ReplyDeleteWan Muhammad Ruzelan bin Wan Husain
A128555
Tutor Rabu 10-12 pagi