Banner..

Text..

Monday, December 19, 2011

Biodata Diri..

NAMA : MOHAMAD FIRDAUS BIN NIZAMUDDIN

NO. MATRIKS : A 128491 

PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (LINGUISTIK)

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 3

SEMESTER : SEMESTER 1 SESI 2011/2012

Tuesday, December 13, 2011

Video Bekas Masakan Solar..


Foto Bekas Masakan Solar..


Pandangan Atas Luar


Pandangan Atas Sisi Luar


Pandangan Atas Dalam


Pandangan Atas Sisi Dalam


Pandangan Sisi..1


Pandangan Sisi..2


Pandangan Hadapan


Pandangan Hadapan Dalam..1


Pandangan Hadapan Dalam..2


Pandangan Atas Luar dan Dalam

Monday, December 12, 2011

Mengapa Komputer digunakan di sekolah? Pendapat Anda?

Bagi saya, terdapat beberapa sebab dan faktor yang menyebabkan komputer digunakan di sekolah antaranya adalah :

1. Pengenalan awal komputer kepada pelajar.
2. Menerapkan IT kepada pelajar.
3. Memperkenalkan segala bentuk perisian yang berkaitan pendidikan kepada pelajar.
4. Melahirkan pelajar yang celik IT.
5. Memberi peluang kepada pelajar mengenali apa itu komputer khasnya kepada murid-murid sekolah rendah.
6. Perisian yang berbentuk subjek digunakan bagi menarik minat pelajar. contohnya permainan dengan terapan mata pelajaran.
7. Memberi peluang kepada pelajar mencipta sesuatu yang berilmu dengan mempelajari perisian seperti ADOBE.
8. Guru boleh menjadikan komputer sebagai alat bantu mengajar kepada pelajar semasa pembelajaran berlangsung.
9. Menggunakan video atau audio bagi menarik minat pelajar terhadap subjek pelajaran contohnya mata pelajaran sains yang memerlukan video bagi memudahkan pemahaman berbanding penggunaan buku semata-mata.
10. Menjadikan pelajar mampu bersaing sesama sendiri bagi tujuan positif dalam melibatkan penggunaan komputer dalam pembelajaran seperti meminta pelajar menggunakan "power point" dalam pembentangan.

























Thursday, December 8, 2011

Kebaikan Lawan Keburukan..

Berbincang tentang tajuk saya pada sebelum ini yang berkaitan dengan kerelevanan penggunaan komputer di sekolah saya berpendapat berkemungkinan mempunyai sebarang kebaikan dan keburukan. Maka saya telah menyenaraikan beberapa pendapat saya berkaitan isu ini. Sebarang curahan idea atau komen saya alu-alukan.

Kebaikan Penggunaan Komputer di Sekolah :
1. Menjadi salah satu alat bantu mengajar oleh guru pada pelajar.
2. Pengenalan awal tentang teknologi kepada pelajar.
3. Menjadi salah satu medium bagi memperolehi maklumat atau input secara maya.
4. Menerapkan ilmu teknologi pada pelajar supaya menjadi celik IT.
5. Menjadi salah satu kaedah baru pada pelajar dalam menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan dengan penggunaan dan pendedahan tentang "software" pada perisian komputer.

Keburukan Penggunaan Komputer di Sekolah :
1. Penggunaan internet secara berleluasa yang mana tiada sempadan atau tahap penggunaan internet membolehkan pelajar mengakses laman yang tidak sepatutnya sebagai contoh laman lucah.
2. Pendedahan kepada laman sosial secara terbuka seperti Facebook atau Twitter.
3. Guru kadangkala membiarkan pelajar menggunakan komputer secara sendiri tanpa ada tunjuk ajar yang mana akan mewujudkan suasana penyampaian ilmu yang tidak normal.
4. Pelajar berkemungkinan menyalahgunakan perisian komputer kerana kurang pendedahan ke atasnya.
5. Pelajar lebih cenderung menjadikan komputer sebagai medium permainan kerana sesetengah pelajar tidak memiliki komputer di rumah dan hanya menjadikan komputer di sekolah sebagai tumpuan hiburan dan bukannya untuk tujuan pembelajaran.

Tuesday, December 6, 2011

Isu Berbangkit : Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Pelajar Sekolah, Sejauh manakah Kerelevanannya?


Penggunaan komputer riba kini telah menjadi suatu fenomena sehingga telah wujud pelbagai gadget yang telah menerajui pasaran dalam bidang teknologi dan ini hasil daripada inovasi para manusia. Antara ciptaan terkini adalah iphone yang merupakan telefon pintar selain telah wujud gadget lain seperti MP3, MP4, komputer riba berkuasa tinggi seperti Alienware dan sebagainya. Antara pengeluar produk teknologi ini adalah Apple yang merupakan sebuah syarikat yang besar dan maju dalam bidang penghasilan gadget yang berteknologi tinggi dan canggih. Diadaptasikan daripada ini maka teknologi dan inovasi menjadi suatu yang besar dalam dunia kini dengan kewujudan negara-negara yang bersaing dalam menghasilkan teknologi searus dengan pembangunan dunia seperti Amerika, Jepun dan Korea. 

Namun, pada topik kali ini saya terpanggil untuk membincangkan sejauh manakah kerelevanan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar sekolah, sama ada ia perlu di teruskan atau sebaliknya? apakah faktor-faktor yang memerlukan penggunaan ini terus berlangsung? apakah yang menyebabkan perkara ini di pandang remeh atau di pandang sebagai suatu yang penting? mengapakah ia relevan atau sebaliknya? dan pelbagai lagi persoalan yang berkemungkinan timbul berkaitan dengan isu ini?
saya mohon isu ini dibicarakan dengan penuh ilmiah..