Banner..

Text..

Monday, November 28, 2011

BendDesk..


BendDesk merupakan salah satu projek pengendalian komputer masa depan yang secara keseluruhannya memanfaatkan teknologi “multi touch” dalam mengoperasikannya. BendDesk secara khusus merupakan sebuah projek kajian oleh Malte Weiss, Simon Voelker dan Jan Brochers dari Media Computing Group, serta Christine Sutter dari Jabatan Kerja dan Psikologi Kognitif dan Christian Remy. Sementara itu B-IT Foundation merupakan badan induk utama sebagai penaja pelaksanaan projek ini. Secara terperinci BendDesk mengaplikasikan multi touch pada sebuah meja secara menegak dan mendatar seperti di dalam gambar diatas, tujuannya untuk memanfaatkan ruang kerja secara keseluruhan. Ianya boleh memaparkan pelbagai isi digital seperti dokumen, gambar, video dan juga permainan video.

No comments:

Post a Comment