Banner..
Text..
Tuesday, November 29, 2011
Beg Kepada Skuter..
Perusahaan automotif asal Inggeris, Micro Scooters, mengeluarkan produk terbarunya, iaitu skuter masa depan. Selain berfungsi untuk menyimpan barang, inovasi perusahaan ini juga mampu membantu penggunanya bergerak ke tempat yang diinginkan tanpa perlu mengeluarkan wang, tetapi, jika dibuka pada bahagian tertentu, skuter ini mampu berubah menjadi skuter atau tempat menyimpan barang secara automatik. Penggunanya hanya menyalakan butang di pemegang beg tersebut dan bergerak ke mana sahaja mereka suka. Idea ini diinspirasikan atas kesukaran mendapatkan teksi di bandar.
Kenderaan Mampu Seimbang..
Kenderaan jenis ini seharusnya dapat mengubah dunia. Hal ini kerana berlaku penambahan teknologi canggih iaitu "Gyroscopic Balancing Technology" yang memungkinkan kita yang belum mampu menyeimbangkan badan dibantu dengan adanya teknologi ini yang mana kenderaan ini mampu menyeimbangkan pengguna yang menunggangnya. Kenderaan ini mampu dan mudah digunakan serta boleh digunakan dengan menggunakan tenaga daripada beteri dan berkemungkinan pada suatu masa nanti boleh menggunakan tenaga matahari.
Papan Kunci Unik..
Konsep papan kunci masa depan unik dan canggih. Berbagai konsep teknologi canggih masa depan dirancang para pencipta teknologi, kali ini pencipta Russia iaitu Marat Kudryavstev memiliki idea yang berbeza iaitu konsep gadget komunikasi terbaru papan kunci masa depan. Konsep unik papan kunci masa depan ini dapat digunakan pada permukaan datar, dengan bentuk hampir sama dengan konsep "eroll ebook" masa depan. Konsep gadget yang menghubungkan dengan "server" ISQ dan memprojeksikan gambar pada beberapa permukaan datar.
Monday, November 28, 2011
The Second Life Mobile Phone Concept..
“smartphones” yang diberi nama “The Second Life Mobile Phone Concept” ini merupakan sebuah teknologi layar AMOLED tranparan dengan teknologi apa yang mereka sebut sebagai E-ink. E-ink sendiri merupakan teknologi yang mampu mengubah warna keseluruhan layar AMOLED bergantung pada keadaan bateri. Jika keadaan bateri kuat, maka layar AMOLED secara keseluruhan akan berwarna gelap. Semakin lemah bateri, semakin pudar warna yang dihadirkan dan pada akhirnya berakhir pada warna yang hanya hitam dan putih saja.
Jarum Suntik Mikro..
Jarum suntik yang disebut jarum suntik mikro (microneedles) yang memberi jaminan yang mana tidak akan rasa sakit bila disuntik dengan menggunakan jarum mikro ini. Ciptaan jarum ini sendiri diinspirasi oleh sengat yang ada di seekor nyamuk betina. Tahukah anda, kebanyakan dari kita, tidak pernah merasakan apapun bila digigit nyamuk dan inilah yang menjadi inspirasi dari jarum mikro tersebut. Informasi jarum suntik yang ada sekarang ini mempunyai ukuran diameter sekitar 900 microns sedangkan “microneedles” mempunyai ukuran hanya 60 microns (15 kali lebih kecil).
Kaca Mata Myvu..
Kaca mata atau ‘eyewear’ Myvu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu. Myvu didatangkan dengan kabel penyambung audio/visual (AV) yang biasa, pek kuasa bateri yang boleh diletakkan dalam beg kecil. Bateri dan set fon telinga juga boleh diletakkan bersama peranti bergerak (seperti telefon atau iPod) dan satu beg pinggang atau ‘pouch.’ Alat yang yang dianggap ciptaan aksesori terhebat untuk iPhone atau pemain multimedia ini juga sebenarnya membuatkan anda kelihatan sangat pelik apabila memakainya, selain boleh memberi kesan tidak elok kepada mata anda jika digunakan dalam masa yang terlalu lama. TV Hat sangat sesuai digunakan ketika anda sedang berada di dalam kapal terbang, berehat di tepi pantai atau juga bersenam di gimnasium. Anda boleh mengubah skrin kaca ke hadapan atau belakang sedikit daripada mata tetapi kaca itu tidak boleh dibuka.
Alat Pengintai Tembus Dinding..
Perusahaan perundingan Iptek Cambridge menggunakan gelombang radio yang memiliki keistimewaan yang mampu menembusi benda konkrit, dan telah menciptakan suatu sistem pengintai sinar X. Prism 200, nama peralatan ini mampu memancarkan gelombang “ultra wide band”, mampu menembusi dinding atau konkrit setebal 40 cm, mengesan segala gerakan dalam radius 15 meter, dapat membantu pihak polis sewaktu dalam pengepungan penculik. Peneliti Universiti Teknik Munich Jerman telah menciptakan peralatan, yang meskipun tersekat oleh pintu, dengan gelombang radio antara 433 MHz dan 24.000 MHz, maka ia juga mampu mengesan pernafasan dan degup jantung dan gerakan secara minimum dari balik pintu.
E ink..
E Ink adalah jenis lain dari kertas elektronik yang diciptakan oleh Joseph Jacobson pada tahun 1990. Joseph Jacobson kemudian mendirikan perusahaan E Ink dan dua tahun kemudian bekerja sama dengan Philips Components untuk memulai pemasaran teknologi kertas baru yang dinamakan E Ink. Teknologi E Ink menggunakan mikrokapsul berisi aliran listrik dan partikel putih yang tersebar dalam minyak. E Ink memiliki sebuah litar untuk mengawal partikel putih sepanjang waktu, baik saat partikel putih berada pada bahagian atas kapsul mahupun saat berada pada bahagian bawah kapsul. E Ink merupakan pengembangan kembali dari teknologi elektroforesis. Bezanya, mikrokapsul dapat digunakan di atas lembaran plastik fleksibel, tidak hanya di atas kaca.Pada versi awal, kertas elektronik terdiri dari selembar kapsul transparan yang sangat kecil, sekitar 40 mikrometer. Setiap kapsul berisi larutan minyak yang mengandung titik hitam dan sejumlah partikel titanium diokasida putih yang tersebar di dalamnya. Mikrokapsul dilapisi cairan polimer, diletakkan di antara dua elektrod dan bahagian atasnya dibuat transparan. Kedua ia harus diselaraskan agar lembaran terbahagi ke dalam pixel, yang mana masing-masing pixel berkaitan dengan sepasang elektrod yang terletak pada dua sisi lembaran. Lembaran dilapisi dengan plastik transparan sebagai upaya perlindungan, sehingga ketebalan secara keseluruhan mencapai 80 mikrometer, atau dua kali dari ketebalan kertas biasa.
Gyricon..
Gyricon adalah kertas elektronik pertama yang diciptakan oleh Nick Sheridon pada tahun 1970 di Xerox’s Palo Alto Research Center (PARC). Gyricon terdiri dari plastik dua sisi yang ketipisannya hampir sama dengan transparansi standard. Di dalam plastik terdapat jutaan bola bikromal yang lebarnya hanya satu mikrometer dan masing-masing tiap bola memiliki gelembung minyak yang membuatnya dapat berputar bebas. Putaran bola-bola itu akan menghasilkan tampilan hitam putih, yang akan terlihat pada teks dan gambar. Data yang berupa teks dan gambar akan terpancar ke dalam kertas elektronik melalui sambungan internet dalam komputer atau telefon bimbit.
BendDesk..
BendDesk merupakan salah satu projek pengendalian komputer masa depan yang secara keseluruhannya memanfaatkan teknologi “multi touch” dalam mengoperasikannya. BendDesk secara khusus merupakan sebuah projek kajian oleh Malte Weiss, Simon Voelker dan Jan Brochers dari Media Computing Group, serta Christine Sutter dari Jabatan Kerja dan Psikologi Kognitif dan Christian Remy. Sementara itu B-IT Foundation merupakan badan induk utama sebagai penaja pelaksanaan projek ini. Secara terperinci BendDesk mengaplikasikan multi touch pada sebuah meja secara menegak dan mendatar seperti di dalam gambar diatas, tujuannya untuk memanfaatkan ruang kerja secara keseluruhan. Ianya boleh memaparkan pelbagai isi digital seperti dokumen, gambar, video dan juga permainan video.
Subscribe to:
Posts (Atom)